Tuesday, 2 August 2011

Berani Gagal ~

siapa yg tidak pernah mengalami kegagalan? tak kisah lah gagal dlm apa situasi skalipun... pelajaran, percintaan, pekerjaa dan bahkan kehidupan? biasannya apa yg akan terjadi selepas kita gagal? kalau aku, dah tentulah kecewa.. tambah2 pulak melibatkn masa depan aku.. sebelum ni aku cukup benci dbila aku gagal.. aku jadi sangat rendah diri dgn keupayaan diri aku... dalam pelajaran misalnya, toksah cerita lah kan.. memang byk kali kot aku gagal.. dah naik lali dah. kadang2 tu bila aku dapat result yg bagus pun aku jadi hairan dan pelik.

tp tulah, tak pernah plak aku fikir yg sebenarnya kegagalan itulah yg akan mmbuatkan kita jadi lebih bermotivasi.. dari kegagalan itulah yg akan mmbuatkan kita jadi lebih unggul... persoalannya, unggul yg macamana tu? jom kita layan cerita ni sat...alaa..sat ja pun...hehe....zaass....

" alkisah maka tersebutlah pada suatu masa adaseorang berbangsa Greek yg menghidap suatu penyakit yg boleh membawa maut. Oleh kerana beliau tahu yg beliau akan mati dalam sedikit masa je lagi, so beliau pun menawarkan diri utk join angkatan tentera apabila negara dia berperang dgn musuh. Tujuan dia join tentera ni pun sebab dengan harapan dia dapat mati di medan perang seterusnya ada jgklah bakti dia utk negara dia.. Lalu, ketika di medan perang, beliau terus berjuangdengan penuh berani dan bersemangat dengan mendedahkan diri dia tanpa menghiraukan risiko bahaya di barisan hadapan. Beliau langsung xgentar bahkan cukup gagah..tanpa hiraukan langsung nyawa beliau sendri.. Akhirnya dia, apabila perang itu tamat dengan dimenangi oleh negaranya, beliau masih juga hidup lagi ! Panglima beliau yg begitu kagum dn keberanian beliau terus beri pnghormatan pingat dan naikkan pangkat. Namun, msa hari penganugerahan tersebut, beliau ckup murung dan bersedih. Panglima tersebut pun hairan lalu bertanyakan kpd beliau apa sbb beliau murung dan diberitahu bahawa beliau menghidap penyakit yg kronik yg boleh bawa maut.. Mendengar khabar itu, panglima itu pun mahu menolong beliau dengan mengubatinya..kerana bg panglima itu mana mungkin seorg wira perang boleh mati begitu saja?? Tabib yg terbaik di bawa kpd beliau utk cuba mengubatinya dan akhirnya beliau telah berjaya sembuh seperti sediakala.. Namun demikian, si pahlawan ini yg dahulunya ketika di medan perang ckup gagah perkasa, tidak gentar dan berani, kini tidak lagi kelihatan di barisan hadapan !! Beliau akan sentiasa menjauhakan diri dr musuh dan bahaya. Beliau juga bersungguh2 utk menyelamatkn nyawa beliau dan tidak lagi mempertaruhkan lagi nyawanya seperti dlu...! "

huhu...cerita di atas adalah sebahagian yg di kongsikan dlm buku yg telah aku baca.. buku ni ada je jual kat MPH bookstore... tp xjamin lah ada lagi ke x.. buku ni mmg best.. byk tokoh2 jutawan dunia skg ni, yg dulunya hanyalah seorg peniaga roti.. bygkanlah mcmana dorang blh bangun smula... ckp memang senang, tp nk membuktikan mmg susah kan2? after baca buku, sekurang2nya xda lah smangat aku down sgt.. buku ni kira sumber inspirasi la... so, jgn lupa dptkn buku ni di pasaran..(tlong promote)..hehe~
" kegagalan terbesar adalah kegagalan utk mencuba"

No comments:

Post a Comment